Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan media selepas hadir pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Putrajaya pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri tidak beri arahan sekat Ridhuan Tee muncul dalam RTM

PUTRAJAYA, 16 DIS: Tiada sebarang arahan dikeluarkan bagi menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul dalam Forum Perdana Ehwal Islam, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata pihaknya menafikan berbuat demikian dan program tersebut bukan di bawah bidang kuasanya.

“Tidak,” katanya ringkas sambil menggelengkan kepala.

Fahmi bercakap kepada media selepas majlis amanat bersama warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Semalam dilaporkan seorang daripada anggota panel program itu, Ridhuan telah diganti dengan pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.

– BERNAMA


Pengarang :