Keadaan semasa paras air Sungai Golok yang menunjukkan trend menurun daripada bacaan 9.66 Meter kepada 9.53 Meter berbanding semalam walaupun masih diparas bahaya ketika tinjauan di Rantau Panjang, Kelantan pada 12 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Monsun Timur Laut: Sembilan sungai lepasi tahap bahaya setakat 9 pagi

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Beberapa sungai di tujuh negeri melepasi tahap bahaya dan amaran berikutan hujan yang berlaku kesan fenomena Monsun Timur Laut hingga jam 9 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan di Kelantan iaitu Sungai Lebir di Kuala Krai, Rantau Panjang (Pasir Mas), Kampung Jambu (Tumpat), Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kampung Jenob.

Di Terengganu, tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Nerus.

Keadaan sama berlaku di Selangor membabitkan Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek (Hulu Selangor).

Selain itu, sungai yang berada para amaran iaitu di Pahang (Sungai Pahang di Maran dan Pekan serta Sungai Keratong, Rompin.

Di Perak (Sungai Bidor, Hilir Perak), Melaka (Sungai Duyong) manakala Sarawak (sungai Similaju, Bintulu).

Sementara itu MetMalaysia melaporkan hujan diramal di Kelantan dan Terengganu sepanjang hari selain hujan di satu dua tempat pada petang di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.


Pengarang :