Antara persembahan yang diadakan pada festival kebudayaan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Sabtu ini. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ anjur festival seni semarak budaya pada Sabtu

SHAH ALAM, 7 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan festival kebudayaan bagi menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat pada Sabtu.

Ketua bahagian perhubungan awamnya berkata menerusi festival, beberapa pertandingan menawarkan hadiah wang tunai selain persembahan permainan tradisional serta pameran kraftangan.

“Untuk memartabatkan lagi elemen kebudayaan, majlis turut anjurkan demonstrasi silat, pembuatan tanjak dan cara ikatan sampin serta mencanting batik.

“Festival juga diserikan dengan persembahan Akademi Kebudayaan yang dikelola sejak Jun. Kita harap usaha ini mampu menyemai kecintaan budaya dalam diri masyarakat,” kata Norhayati Ahmad menerusi kenyataan.

Festival berlangsung di Amphitetaer, Menara MPAJ turut melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Selangor, Kraftangan Malaysia, Jabatan Warisan Negara serta Persatuan Wanita Berdaya.


Pengarang :