Peserta Ekspedisi T30 mengibarkan logo korporat MPAJ terbesar di puncak Gunung Kinabalu pada 15 Disember 2022. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ cipta rekod kibar logo terbesar di puncak Gunung Kinabalu

SHAH ALAM, 16 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mengibarkan logo korporat terbesar di puncak Gunung Kinabalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, program menerusi Ekspedisi T30 disertai 30 peserta dalam kalangan ahli majlis, pengarah dan warga kerjanya.

Logo bersaiz 17.8 meter (tinggi) dan 12.8 meter (lebar) dikibar sempena sambutan ulang tahun penubuhan MPAJ ke-30.

“Turut serta dalam pendakian Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong Hong Wai dan telah menyerahkan sijil rekod baharu kepada MPAJ.

“Alhamdulillah sejarah tercipta dan kejayaan luar biasa buat MPAJ. Tahniah kepada semua yang menjayakan misi ini,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :