Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) meraikan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dengan lawatan ke Genting Skyworlds, Genting Highlands pada 7 Disember 2022 sempena Program Anugerah Istimewa OKU 2022. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

MPHS rai 26 kanak-kanak OKU, lawat taman tema di Genting Highlands

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 DIS: Seramai 26 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) diraikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan dibawa berhibur ke Genting Skyworlds, Genting Highlands  Rabu lalu.

MPHS memaklumkan aktiviti sempena program anugerah istimewa OKU dengan kanak-kanak terlibat adalah daripada pusat pemulihan dalam komuniti Hulu Selangor.

“Tujuan program ini dianjurkan untuk memberi peluang serta pendedahan kepada golongan itu melakukan aktiviti fizikal, pengalaman serta pengetahuan baharu kepada mereka berkaitan dunia luar,” katanya menerusi Facebook.

MPHS menyatakan pada masa sama aktiviti tersebut membolehkan interaksi sosial antara masyarakat dan golongan OKU.

“Selain itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab ke atas komuniti yang sangat memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya,” ujarnya.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama sukarelawan NGO selain syarikat francais McDonald turut menjana makan malam aktiviti terbabit.


Pengarang :