Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ketika melakukan urusan jual beli di Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKj arah penjual makanan pakai pelitup muka mulai tahun depan

SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun depan.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan Jabatan Pelesenan dan Penjaja dengan bantuan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.

“Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 7 September lalu mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor dan Jabatan Pelesenan dan Penjaja telah mengeluarkan arahan supaya mematuhi perkara ini.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha membiasakan semua pekerja yang mengendalikan makanan atau minuman menggunakan pelitup muka sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan,” katanya pada Mesyuarat Majlis Bilangan 12/2022 MPKj hari ini.

Tambah beliau tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.


Pengarang :