Pusat kitar semula seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj sedia tong sampah pukal di 12 lokasi sempena Tahun Baharu Cina

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan tong sampah Roll On Roll Off (RORO) di 12 lokasi bagi pembuangan sisa pukal sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Unit Perancangan Korporat Dan Perhubungan Awam Kamarul Izlan Sulaiman berkata ia bagi memudahkan penduduk membuang perabot lama dan peralatan elektrik yang tidak digunakan lagi.

“Usaha ini diselaraskan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi tempoh 6 Januari hingga 20 Januari tahun depan di kawasan yang terlibat.

“Jadi kita minta penduduk sekitar gunakan kemudahan ini sebaiknya dan pastikan sampah yang dibuang adalah sampah pukal bukan sampah domestik seperti sisa makanan atau sampah organik seperti pokok dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Tarikh dan lokasi tong RORO

6 hingga 11 Januari

  • Dewan Kampung Baru Sungai Chua
  • Pusat Komuniti Kampung Baru Kwan Tung
  • Jalan Alam Jaya 11 Taman Alam Jaya, Cheras
  • Jalan Dayang 4/8 Bandar Mahkota Cheras

12 hingga 16 Januari

  • Jalan Damai Perdana 1/8 Bandar Damai Perdana
  • Jalan SL 7 Bandar Sungai Long (pondok pengawal)
  • Jalan Awana 15 Taman Cheras Awana, Cheras
  • Pasar Kampung Baru Semenyih

17 hingga 20 Januari

  • Jalan Suria 4 Taman Suria, Kajang
  • Jalan Putri Jaya 11 Taman Putri Jaya, Cheras,
  • Dewan Orang Ramai Kampung Baru Batu 11
  • Balai Raya Kampung Baru Tarun, Broga

Pengarang :