Logo Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
PBTSELANGOR

MPKj tingkat kecekapan perkhidmatan, sasar status bandar raya tahun depan

SHAH ALAM, 24 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha mencapai status badar raya tahun depan.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata antara matlamat lain yang difokuskan dalam konsep ‘kembali ke dasar’ ialah penyelenggaraan kestabilan kawasan cerun yang berisiko kepada masyarakat.

Jelasnya, menstabilkan kawasan cerun untuk memastikan keselamatan struktur tanah dalam merancang proses pembangunan memerlukan kerjasama agensi berkaitan daripada segi garis panduan atau kelulusan.

“Selain itu, MPKj juga mahu memberi perkhidmatan yang cepat dan cekap dalam aspek kutipan sampah, pembersihan awam, penyelenggaraan jalan, longkang dan kemudahan infrastruktur serta taman awam.

“Bukan itu sahaja, isu tapak sampah haram juga diberi keutamaan dalam membanteras pelaku yang tidak bertanggungjawab dengan memberi kawalan khusus di lokasi panas serta disusuli tindakan sitaan,”katanya pada mesyuarat MPKj semalam.

Sementara itu Najmuddin menjelaskan, pelaksanaan projek khas infrastruktur yang dilakukan termasuk penyelenggaraan aset dan fasiliti.

“Ia merangkumi sub sektor seperti jalan, sistem perparitan, jambatan, lampu jalan dan isyarat,” katanya.


Pengarang :