Sebuah pondok yang dijadikan tempat simpanan barangan lusuh di Taman Langat Murni yang dirobohkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) semalam. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL robohkan pondok simpan barang lusuh jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 21 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) merobohkan sebuah pondok  yang dijadikan tempat simpanan barangan lusuh di Taman Langat Murni, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata selain menjejaskan pemandangan, pondok berkenaan juga menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan nyamuk Aedes.

“Kerja-kerja merobohkan pondok dan membersihkan sisa kitar semula telah dibuat bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan tersebut,” katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan perbuatan mendirikan pondok atau stor tersebut adalah salah di bawah Seksyen 81(e), Akta 171, Akta KerajaanTempatan 1976.

“Operasi pembersihan dan perobohan pondok itu dijalankan dengan kekuatan 34 orang anggota MPKL, tiga anggota Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat dan dua anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat,” ujarnya.

Sebanyak dua tong roll on roll off (roro) dan dua kenderaan pickup MPKL telah digerakkan bagi tujuan pembersihan ini.


Pengarang :