Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat menangkap lembu liar berdasarkan aduan penduduk di sekitar Kampung Permatang Pasir pada 5 Disember 2022. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat
PBTSELANGOR

MPKL tangkap lembu liar lepas di kawasan larangan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan operasi menangkap haiwan liar di Bandar Bunga Emas dan Permatang Pasir baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan hasil aduan penduduk di lokasi terbabit, yang mendapati beberapa ekor lembu dilepaskan di kawasan larangan.

“Sitaan dua ekor lembu mengikut Peruntukan 4, Enakmen Mengawal Lembu Kerbau, MDKL 1971 iaitu memelihara atau menyimpan lembu dalam kawasan larangan.

“Kuasa menangkap pula bawah Peruntukan 4(1)(A), di bawah Enakmen Lembu Kerbau 1971 Yang Sama,” katanya di Facebook hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan, boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau Whatsapp 012-300 4217.


Pengarang :