BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPSepang anjur saringan percuma, pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 DIS: Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena Karnival Asean INSYAAF di BBST Walk@ Sepang pada 12 Disember.

Program anjuran Majlis Perbandaran Sepang sempena cuti sekolah bermula pada 6.30 pagi diceriakan dengan acara senamrobik, cosplay fun run dan buble walk.

Mengangkat tema Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera program sehingga 5.00 petang itu turut menganjurkan pertandingan mewarna, lego kreatif, gubahan bunga dan TikTok.

“Jom bawa keluarga ke Karnival Asean INSYAAF, pelbagai aktiviti disediakan untuk yang muda dan dewasa.

“Berbagai hadiah dan cabutan bertuah boleh dimenangi,” tulis pihak berkuasa tempata itu di Facebook.

Program itu turut menyediakan mini zoo, perpustakaan bergerak, pameran inovasi kitar semula minyak masak terpakai, ceramah motivasi selain persembahan kebudayaan dan pemuzik jalanan.

Pengunjung juga boleh melakukan saringan kesihatan percuma dan memberi barangan asas di Selangor Agro Market yang menawarkan pelbagai produk segar dengan tawaran harga murah.

“255 pengunjung terawal bakal menerima kupon diskaun pembelian produk usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama),” katanya.


Pengarang :