Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis gembira setelah menerima sijil penyertaan pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar UMBI di SK Sungai Manggis, Banting, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Murid gembira sertai program cungkil potensi anjuran MBI, latih diri lebih yakin

KUALA LANGAT, 1 DIS: Program UMBI yang dilaksanakan khusus untuk mencungkil potensi wajar diteruskan berikutan pengisiannya yang padat dan menarik.

Pelajar penyertaan terbaik Humayraa Qashrina Izham Kamal. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pelajar Humayra Qashriba Izam Kamal, 12, berkata beliau berasa gembira apabila terpilih untuk menyertai program anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang julung kali diadakan.

“Saya rasa seronok sangat kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan belajar tentang banyak perkara.

“Jurulatih juga mengajar kami untuk membina keyakinan diri supaya kami lebih bersemangat ketika berada di dalam kelas,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Pelajar terbaik Muhd Arsyad Haidhar Mohd Shahrulhaj. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Humayra yang bercita-cita menjadi pensyarah juga memenangi Anugerah Cemerlang Penyertaan Terbaik dalam Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar UMBO 2022 di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis, di sini.

Sementara itu, Muhd Arsyad Haidhar Mohd Shahrulhaj, 12, berkata program berkenaan membantunya meningkatkan tahap penguasaan setiap subjek menerusi bimbingan jurulatih.

“Pada awalnya saya berasa agak kekok tetapi jurulatih bantu saya dan memberi banyak dorongan supaya saya lebih berkeyakinan.

“Program ini memberi banyak manfaat dan saya harap ia diteruskan lagi di sini atau di sekolah-sekolah lain,” katanya yang bercita-cita menjadi angkasawan.

 


Pengarang :