DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menerima sijil pendaftaran antarabangsa bunga orkid daripada Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan di Karnival Bola Sepak Selangor FC Soccer Schools di Padang Bola Sintetik, Seksyen 28 pada 4 Disember 2022. Foto Facebook MBSA
SELANGOR

Nama Tengku Amir Shah diabadi pada spesies bunga orkid

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 5 DIS: Nama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diabadikan pada sejenis spesies bunga orkid.

‘Papilionanda Tengku Amir Shah’ dipersembahkan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan di Karnival Bola Sepak Selangor FC Soccer Schools di Padang Bola Sintetik, Seksyen 28 semalam.

“Timbalan Datuk Bandar Shah Alam mempersembahkan cenderamata penghargaan berupa sijil pendaftaran antarabangsa bunga orkid.

“Bunga orkid yang diberi nama ‘Papilionanda Tengku Amir Shah’ kepada DYTM Raja Muda Selangor bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku Yang ke-32 pada 12 Disember 2022,” kata Majlis Bandaraya Shah Alam di Facebook.

Turut Hadir EXCO Generasi Sukan Mohd Khairuddin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Rohayati Abd Hamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor Dr Johan Kamal Hamidon.

Terdahulu, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan padang bola tersebut selain menyerahkan cenderamata penghargaan kepada penaja dan rakan rasmi Sekolah Bola Sepak Selangor FC.


Pengarang :