Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil guru selepas majlis penyerahan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM9.3 juta di Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Al-Maarof, Johan Setia, Klang pada 11 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri peruntuk RM100 juta setiap tahun untuk sekolah Kafa (VIDEO)

SHAH ALAM, 30 DIS: Peruntukan hampir RM100 juta disediakan kepada sekolah Kelas Al-Quran Fardu Ain (Kafa) dan Kafa Integrasi saban tahun.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana RM98.4 juta diberi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada tahun ini bagi menguruskan kedua-dua institusi pendidikan berkenaan.

“Dalam tempoh lima tahun ini, hampir setiap tahun kita berbelanja lebih RM90 juta untuk bantu Kafa dan Kafa Integrasi yang diuruskan Jais,” katanya menerusi rakaman di Twitter hari ini.

Amirudin juga menasihati semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu pendidikan dengan mengapi-apikan perkauman melalui isu peruntukan demi kepentingan generasi akan datang.

Dalam rakaman itu, beliau juga memaklumkan pentadbiran negeri juga memberi peruntukan tambahan kepada sekolah kebangsaan selain menjelaskan pertikaian isu sekolah persendirian Cina.

Dalam Belanjawan 2023, peruntukan RM583 juta disediakan kepada Jais bagi memperkukuh pentadbiran selain meningkatkan prasarana pendidikan Islam.


Pengarang :