Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Karnival Al Amin 2022 di Sungai Pusu, Gombak pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Negeri sedia bantu sekolah persendirian tangani isu berbangkit, selari Jabatan Pendidikan

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 10 DIS: Kerajaan Negeri sedia membantu sekolah persendirian menangani isu berbangkit agar selaras dengan Jabatan Pendidikan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata antara isu yang diberi tumpuan termasuklah kemasukan ke sekolah selain kualiti, pengisian dan silibus pendidikan.

“Hal ini memang sudah dipantau tapi sebab di Selangor ada program pendidikan vokasional kita perlu melihat bagaimana sekolah-sekolah (persendirian) ini dapat menjadi feeder (sekolah persediaan) untuk program teknikal vokasional yang kita sediakan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Al-Amin di Kompleks Pusat Pendidikan Al-Amin di Batu 8, Jalan Sungai Pusu di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Karnival Al Amin 2022 di Sungai Pusu, Gombak pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pelbagai aktiviti dijalankan dalam karnival sehari itu antaranya Fun Run yang disertai 1,000 murid termasuk guru dan ibu bapa.

Karnival ini diadakan bagi mengutip dana untuk pembinaan bangunan sekolah tambahan empat tingkat bagi memenuhi keperluan murid sekolah rendah.

Kompleks Pendidikan Al-Amin menempatkan sekolah menengah dan sekolah rendah (dua sesi) dengan jumlah pelajar kira-kira 1,200 orang.

Amirudin menambah, kewujudan sekolah persendirian di Selangor juga dapat membantu mengelak kepadatan di sekolah kerajaan.

Telatah murid ketika menikmati persembahan pentas badut sempena Karnival Al Amin 2022 di Sungai Pusu, Gombak pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :