Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis prapelancaran aplikasi mudah alih HalalSel di Dewan Annex, Shah Alam pada 30 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sedia RM145 juta bina, tingkat sistem jaringan jalan raya

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 DIS: Kerajaan Negeri menyediakan suntikan dana berjumlah RM145 juta bagi meningkatkan sistem jaringan jalan raya di Selangor tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata ia meliputi pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada di pelbagai lokasi bagi keselesaan pengguna yang semakin bertambah.

“Peruntukan ini menjamin ketersambungan sistem jalan raya untuk manfaat pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Menurutnya, sebanyak RM40.98 juta diagih kepada Jabatan Kerja Raya untuk membina jalan baharu antaranya dari Kampung Sri Indah A ke Hospital Sungai Buloh.

Jalan lain melibatkan sambungan Sungai Kelambu-Genting Sanyen dan Kampung Ulu Chuchuh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang sedang dalam pembinaan.

Projek naik taraf yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 seperti berikut:

– Jalan Bukit Rimau (RM12.5 juta)
– Jalan simpang tiga Jalan Rahidin, Shah Alam (RM4.7 juta)
– Jalan Reko di Hulu Langat (RM1.7 juta)
– Persimpangan Jalan Kampung Bukit Dugang, Sepang (RM1.7 juta)
– Jalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Kuala Selangor (RM3.2 juta)
– Jalan Sungai Panjang dari simpang Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan ke Parit Empat Timur (RM2.3 juta)
– Pembinaan jambatan dan jejantas,(RM11.8 juta)
– Pemasangan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (RM3 juta)
– Kerja warta jalan negeri (RM1.5 juta)
– Program warta laluan negeri (RM2 juta)
– Membina dan menaik taraf bangunan termasuk istana Selangor (RM6.3 juta)
– Pelbagai projek bangunan (RM1.5 juta)


Pengarang :