Dr Nor Fuad Abdul Hamid menerima watikah pelantikan sebagai datuk bandar baharu Shah Alam baharu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim pada 1 Disember 2022. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
SELANGOR

Dr Nor Fuad dilantik datuk bandar baharu Shah Alam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 1 DIS: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dr Nor Fuad Abdul Hamid dilantik Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa hari ini.

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” tulis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi Facebook.

Nor Fuad pernah menyandang jawatan timbalan setiausaha kerajaan (pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri.

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021.


Pengarang :