Tinjauan kawasan operasi menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s organic Farm Batang kali pada 17 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Operasi cari sembilan lagi mangsa tanah runtuh diterus

BATANG KALI, 18 DIS: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, diteruskan hari ini.

Operasi disambung 9 pagi selepas ditamatkan pada 4 pagi tadi, melibatkan sejumlah anggota penyelamat daripada pelbagai agensi selain menggunakan khidmat anjing pengesan serta jentera berat untuk mencari mangsa tertimbus.

Kawasan pencarian pula dipercayai masih ditumpukan di ketiga-tiga sektor iaitu sektor A (kem Hillview), sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).

Keadaan cuaca hari ini cerah dengan pengamal media dari pelbagai agensi turut mula berkampung sejak 7 pagi di lokasi kejadian.

Setakat petang semalam, seramai 24 mangsa telah disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.

Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di sini.

-BERNAMA


Pengarang :