Suasana ketika misi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Operasi SAR ditangguhkan kerana hujan, sambung 8 pagi

BATANG KALI, 16 DIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini ditangguhkan atas faktor cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi.

“Operasi SAR 12 lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan sementara waktu ekoran hujan malam ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Setakat malam tadi, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

– BERNAMA


Pengarang :