Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Paip pecah: Bekalan air 51 kawasan Hulu Langat, Petaling pulih sepenuhnya

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 24 DIS: Bekalan air 51 kawasan wilayah Hulu Selangor dan Petaling yang terlibat kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Beruntung pulih sepenuhnya jam 5.45 petang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Semalam, 51 kawasan Wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Kerja pembaikan paip pecah itu dilaksanakan mulai jam 11 pagi tadi.

Susulan insiden itu, Air Selangor juga mengerakkan lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas di wilayah Hulu Selangor susulan kejadian paip pecah di Jalan Bukit Beruntung.


Pengarang :