AGENDANASIONAL

Paip pecah: Pemulihan bekalan air capai 94 peratus takat 3 petang

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 24 DIS: Status pemulihan bekalan air di kawasan Hulu Selangor akibat kejadian paip pecah dekat Jalan Bukit Beruntung mencapai 94 peratus setakat 3 petang.

Air Selangor memaklumkan bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada jam 6 petang ini.

“Tempoh masa pemuihan air adalah berbeza dari satu kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya menerusi Facebok.

Agensi itu menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Kami berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” ujarnya

Beikut kawasan yang masih belum menerima bekalan air:

1. Kampung Baru Kundang
2. Kampung Melayu Seri Kundang
3. Persiaran Garcinia
4. Puteri Heights
5. Rawang Intergrated
6. Serene Residence
7. Taman Anggun


Pengarang :