Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pakar: Kerap hujan mungkin punca tanah runtuh

SHAH ALAM, 16 DIS: Hujan lebat dalam tempoh beberapa hari dipercayai antara punca berlaku runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali awal pagi tadi.

Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat kekerapan hujan menyebabkan tanah basah secara berterusan meski tiada hujan sebelum runtuhan berlaku, lapor Berita Harian.

“Cerun boleh gagal apabila ketepuan tanah itu tinggi dan tanah tebal, berpuluh meter ke dalam bumi dan ini menunjukkan apabila air masuk, air akan masuk jauh ke dalam,” kata Dr Nor Shahidah Mohd Nazer.

Sementara itu, Presiden Institut Geologi Malaysia Abd Rasid Jaapar berpendapat runtuhan mungkin membabitkan cerun buatan manusia yang ditambak bagi pembinaan jalan raya.

“Saya percaya air yang meresap melalui sempadan ini dari tempat yang lebih tinggi (atas bukit) menyeberangi jalan. Hujan lebat beberapa hari sebelum itu meresap ke dalam dan bawah tanah.

“Itulah sebabnya kegagalan hanya berlaku beberapa hari selepas hujan,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 16 mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh itu, setakat 1 tengah hari.

 

 


Pengarang :