Kerja-kerja pemasangan lampu solar di Kampung Tanjung Keramat, Kuala Selangor siap pada 14 Disember 2022. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pasang 13 lampu solar, pastikan pengguna jalan raya di DUN Bukit Melawati selamat

SHAH ALAM, 21 DIS: Sebanyak 13 lampu solar dipasang di tiga kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya di waktu malam.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata kerja pemasangan di Jalan Raja Abdullah, Kampung Tanjung Keramat dan Kampung Sepakat sejak 10 Disember lalu siap empat hari kemudian.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli ditemu bual Media Selangor di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ketiga-tiga kawasan ini tiada lampu dan kerap berlaku kemalangan selain sering menjadi laluan haiwan liar seperti babi hutan.

“Penduduk sering mengadu dan mahu lampu dipasang di situ kemudian saya memohon daripada Kerajaan Negeri melalui EXCO infrastruktur, Alhamdulillah ia diluluskan,” katanya ketika dihubungi.

Juwairiya berharap pengguna jalan raya dan penduduk kampung berasa lebih selamat dan selesa menggunakan jalan raya pada waktu malam berbanding sebelum ini.


Pengarang :