Penduduk Kampung Durian Mentangau, Dungun Terengganu membersihkan rumah meskipun keadaan banjir belum pulih sepenuhnya pada 23 Disember 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pascabah: NGO, sukarelawan perlu hubungi pusat operasi daerah sebelum salur bantuan

KOTA BHARU, 23 DIS: Badan bukan kerajaan (NGO) mahupun sukarelawan yang ingin memberi bantuan pascabanjir ke daerah-daerah yang terjejas di Kelantan diminta berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah.

Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan dalam kenyataan memaklumkan tindakan berkenaan perlu bagi tujuan penyelarasan bantuan.

“Senarai talian yang boleh dihubungi ialah PKOB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di talian 09-7481180, PKOB Kota Bharu (09-7481963 sambungan 331), PKOB Kuala Krai; 09-9666399, PKOB Gua Musang; 09-912 1228 dan PKOB Jeli; 09-9440064.

“Selain itu, PKOB Tanah Merah di talian 09-9556963 atau sambungan 7463, PKOB Pasir Mas; 09-7917717, PKOB Pasir Puteh; 09-7863444, PKOB Machang; 09-9752963, PKOB Tumpat; 09- 7257963 dan PKOB Bachok; 09-7788963 atau sambungan 314,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA


Pengarang :