Sekitar majlis perasmian minggu keselamatan, kesihatan dan Alam Sekitar (MKKAS) 2022 di Etika Dairies Sdn Bhd pada 29 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pengeluar produk tenusu anjur program keselamatan, erat hubungan bersama penduduk

KLANG, 29 DIS: Pengeluar produk tenusu Etika Dairies Sdn Bhd mengadakan program keselamatan bersama penduduk setempat bagi memupuk kesedaran komuniti dan menjaga kebajikan pekerjanya.

Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pihaknya mengalu-alukan dan sedia bekerjasama dengan pengusaha kilang yang mahu menganjurkan program keselamatan.

“Kilang wajar membuat program seperti ini dalam memastikan keselamatan pekerja terjaga dan masyarakat juga mendapat maklumat termasuk berkaitan kesihatan serta alam sekitar.

“Program ini juga memberi peluang wakil rakyat bertemu masyarakat untuk memahami permasalahan mereka dan mengetahui bantuan diperlukan daripada pihak kerajaan supaya hak-hak mereka terbela,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar anjuran Etika Dairies Sdn Bhd di Meru, Klang hari ini.

Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar melawat reruai pada majlis perasmian minggu keselamatan, kesihatan dan Alam Sekitar 2022 di Etika Dairies Sdn Bhd pada 29 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Etika Dairies Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Etika iaitu peneraju pasaran Malaysia dalam pembuatan, pengedaran dan pemasaran produk tenusu dengan rangkaian pengedaran yang komprehensif.

Antara produk Kumpulan Etika ialah Pepsi, Mirinda, 7up, Revive Isotonic, Gatorade, Lipton, Tropicana, Mountain Dew, WONDA Coffee, Calpis, Kickapoo, Bleu Water, Goodday Milk dan Dairy Champ.

Sementara itu, Pengurus Etika Dairies Sdn Bhd Hafizze Yaakub berkata pihaknya sentiasa menganjurkan pameran untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pekerja mengenai kesihatan dan keselamatan mereka di samping memulihara alam sekitar.

“Bagaimanapun, tahun ini, kita mengambil langkah lebih jauh dengan melibatkan masyarakat di sekeliling untuk mencapai matlamat dalam menggalakkan kesedaran keselamatan.

Sekitar majlis perasmian minggu keselamatan, kesihatan dan Alam Sekitar (MKKAS) 2022 di Etika Dairies Sdn Bhd pada 29 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :