AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pengendali rumah perlindungan dipelawa mohon geran tingkat kemudahan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 DIS: Pengendali rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Selangor dipelawa segera memohon geran bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebelum berakhir pada 31 Disember.

Agensi itu memaklumkan geran berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu serta menambahbaik rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, pemberian geran juga membolehkan pengendali melaksanakan latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga.

“Permohonan dibuka sehingga 31 Disember ini. Jumlah permohonan diluluskan tertakluk kepada penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan yang dilantik.

“Pemohon yang berjaya menerima geran akan dimaklumkan melalui e-mel,” maklum WBS yang turut memaklumkan borang permohonan boleh diperoleh di pautan https://bit.ly/3YzhPs5

Sebarang pertanyaan hubungi Puan Nurhidayah menerusi e-mel [email protected] atau ditalian 03-5545 4879.


Pengarang :