PBTSELANGOR

Pengguna PJ City Bus wajib imbas kod QR mulai Januari, warga emas, pelajar terkecuali

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 DIS: Pengguna khidmat PJ City Bus diwajibkan mengimbas kod QR mulai Januari, maklum Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pengguna perlu mengimbas kod berkenaan ketika masuk dan sebelum turun dari pengangkutan awam tersebut.

“Pengguna bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM0.90 mulai 15 Januari 2023,” maklum MBPJ menerusi Facebook.

Hantaran sama turut memaparkan panduan untuk mengimbas kod QR bagi kemudahan pengguna.

MBPJ turut memaklumkan warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar dan pelajar yang memakai uniform sekolah tidak perlu tanpa mengimbas kod QR.

Pengguna perlu memuat turun aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) untuk menggunakan sistem ‘Scan To Ride’.

Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2023 memperuntukkan RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam bawah program Selangor Mobiliti.

Daripada jumlah itu sebanyak RM22 juta diberi kepada 11 PBT untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor.


Pengarang :