Orang ramai beratur membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan di Bazar Ramadan Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 4 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Permit bazar Ramadan MPHS dibuka dalam talian mulai 5 Januari

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membuka permit Bazar Ramadan Mampan secara dalam talian bermula 5 Januari hingga 4 Februari 2023.

MPHS memaklumkan sebanyak sembilan lokasi Bazar Ramadan Mampan disediakan tahun depan dari 22 Mac hingga 21 April dengan bayaran petak antara RM200 hingga RM300.

“Tambahan RM50 dikenakan bagi jualan air tebu, air kelapa serta juadah bakar, panggang atau bergoreng.

“Lokasi bazar Ramadan adalah di tapak penjaja JRD Jalan Ara, Batang Kali, tapak pasar malam, Bukit Sentosa dan tapak pasar pagi Taman Seri, Batang Kali.

“Selain itu, Taman Cempaka dan Antara Gapi, Serendah, Jalan Seroja dan Jalan Telipot, Bukit Sentosa, Jalan Kantan, Bukit Beruntung dan sebelah medan selera Sungai Buaya,” kata agensi itu di Facebook.

Menurut MPHS permohonan adalah secara dalam talian sahaja di http://bazar.mdhs.gov.my:8888/ebazar/ dan keputusan permohonan akan dikeluarkan pada 23 Februari 2023.

“Maksimum dua petak untuk setiap permohonan dan keutamaan kepada penduduk tempatan Hulu Selangor.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03 6064 1331 ext 131/159/160,” katanya.


Pengarang :