ADNSELANGOR

Permohonan bantuan kembali ke sekolah MBI DUN Kinrara dibuka hingga 15 Januari

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 27 DIS: Permohonan bantuan kembali ke sekolah bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara dibuka sejak semalam hingga 15 Januari depan.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata permohonan bantuan fasa dua dibuka kepada 150 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

“Sumbangan tunai RM100 ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban ibu bapa dan ia terhad kepada seorang pelajar untuk satu keluarga selain pendapatan isi rumah mestilah RM4,000 dan ke bawah.

“Dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah salinan kad pengenalan atau MyKid pelajar, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan slip pendapatan ibu dan bapa,” katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara atau hubungi 03-8082-1661 atau 011-2581-6296.

Inisiatif tunai RM100 diperuntuk untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN.

Had pendapatan pemohon ditetapkan RM4,000 dan ke bawah untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

 


Pengarang :