Pengunjung membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan di Bazar Ramadan Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 4 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Permohonan bazar Ramadan MBSA dibuka sehingga 15 Januari

SHAH ALAM,23 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah membuka permohonan permit bazar Ramadan secara atas talian bermula 19 Disember lalu hingga 15 Januari depan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan permohonan dan pembayaran boleh dibuat melalui sistem ePenjaja MBSA https://epenjaja.mbsa.gov.my.

Proses kelulusan bagi permohonan selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Januari 2023 manakala pembayaran boleh dibuat dari 30 Januari hingga 12 Februari 2023.

Taklimat dan penyerahan permit bazar Ramadan 2023 akan dilakukan dari 6 hingga 9 Mac 2023 di Dewan Auditorium MBSA.

Pemohon boleh melakukan semakan terlebih dahulu berhubung tunggakan sewa, cukai, lesen dan kompaun secara atas talian sistem EPS MBSA atau melalui Kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat LG, Wisma MBSA.

Sebarang pertanyaan berkenaan permit bazar Ramadan boleh hubungi talian 03-55105133 sambungan 1762/1486/1699/1317/1366.


Pengarang :