Situasi banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam susulan hujan lebat luar biasa pada 20 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Persiapan hadapi banjir Taman Sri Muda mula sejak awal Disember

SHAH ALAM, 17 DIS: Persiapan menghadapi banjir di kawasan Taman Sri Muda, dekat sini dilaksana sejak awal bulan termasuk menempatkan anggota bomba dan bot.

Wakil rakyat Kota Kemuning V Ganabatirau berkata inisiatif sebagai langkah mengelak kejadian bah tahun lalu yang meragut lebih 10 nyawa berulang lagi.

“Segala persiapan sudah dibuat memandangkan ramalan hujan lebat bermula esok (hari ini) di Lembah Klang dan pesisir pantai dari Kuala Selangor ke Sepang. Tiga bot ditempatkan bagi memudahkan operasi menyelamat.

“Kita turut mengingatkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk sentiasa memantau keadaan pam serta ban supaya tidak menjejaskan keadaan,” kata V Ganabatirau kepada SelangorKini.

Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang menjangka luruan monsun akan memasuki rantau negara mulai hari ini.

Ia berpotensi membawa hujan berterusan di negeri timur semenanjung bermula 17 hingga 20 Disember yang dijangka menyebabkan berlakunya banjir, banjir kilat, ribut dan tanah runtuh.


Pengarang :