Heba Saadia pengadil asal Palestin dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk perlawanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand pada 20 Julai hingga 20 Ogos 2023. Foto Facebook Palestine Live
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia Wanita: Fifa tampil pengadil dari Palestin

ISTANBUL, 27 DIS: Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.

Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin.

Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara. – BERNAMA


Pengarang :