Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik lukisan tanpa dialoq karya Datuk Lat di Facebook pada 11 Disember 2022. Lukis berkenaan memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

PM mahu golongan muda telaah karya besar pemikir dunia, cambah daya fikir

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu karya-karya besar termasuk oleh tokoh pemikir dunia ditelaah golongan muda masa kini.

Dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini, Anwar berkata tindakan itu bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kartunis terkenal tanah air Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang menghasilkan karya memaparkan masyarakat berbilang bangsa membaca buku pelbagai tokoh di ruang pejabat ‘Anwar Ibrahim’.

“Terima kasih Datuk Lat. Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca,” katanya.

Lukisan tanpa dialog itu yang turut dimuat naik dalam hantaran itu, memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze. – BERNAMA

 

 


Pengarang :