Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berucap pada majlis perasmian minggu keselamatan, kesihatan dan Alam Sekitar (MKKAS) 2022 di Etika Dairies Sdn Bhd pada 29 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Polis terus pergiat program kesedaran, pastikan kes jenayah terkawal

KLANG, 29 DIS: Kes jenayah di daerah Klang Utara terkawal dengan hanya 14 kes dilaporkan sejak Januari lalu, majoriti membabitkan kekerasan, kata ketua polis daerahnya.

Menurut Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, pihaknya sentiasa mempertingkat program kawalan keselamatan dan mendidik orang ramai kepentingan mencegah jenayah.

“Jenayah kekerasan seperti kes gaduh, mencederakan dan merusuh manakala jenayah harta benda pula seperti pecah rumah, ragut, mencuri besi di tempat pembinaan.

“Secara keseluruhan, jenayah di Klang Utara masih terkawal dan kita akan mempertingkat pelbagai program kesedaran jenayah pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar anjuran Etika Dairies Sdn Bhd di sini, yang turut dihadiri wakil rakyat Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau menambah kejayaan mengurangkan kadar jenayah di daerah itu hasil kerjasama pihak polis dan orang awam.


Pengarang :