Bangunan Teater Shah Alam di Seksyen 14, Shah Alam. Foto Wikipedia
PBTSELANGOR

Projek naik taraf Teater Shah Alam mula pertengahan 2023

SHAH ALAM, 5 DIS: Projek menaik taraf bangunan Teater Shah Alam di Seksyen 14 di sini dijangka bermula pertengahan tahun depan, kata Datuk Bandar Shah Alam.

Menurut Dr Nor Fuad Abdul Hamid, penambahbaikan bangunan terbabit meliputi bumbung, sistem akustik, kerusi, permaidani dan kerosakan luar.

Beliau berkata pihaknya turut bercadang menambah ruang amphiteater mini dalam kawasan berkenaan bagi memberi ruang kepada penggiat seni mementaskan karya.

“Ruang ini memberi peluang kepada pengkarya seni baharu untuk mempamerkan hasil seni mereka,” katanya selepas mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar Shah Alam ke-10 di sini hari ini.

Nor Fuad memaklumkan pihaknya akan mempelbagai aktiviti seni dan budaya di Laman Budaya, Laman Seni 7, Dataran Kemerdekaan Shah Alam termasuk Teater Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam.

“Taman tasik itu turut menjadi lokasi tumpuan orang awam menikmati pemandangan malam termasuk lenggokan pancuran air di Laman Budaya Musical Fountain,” katanya lagi.


Pengarang :