Anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin pada 3 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PRU15: 304 anggota polis mengundi awal di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang melibatkan 304 anggota polis hari ini berjalan lancar.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata kira-kira 93.42 peratus atau 71 anggota polis mengundi awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah.

Bagi DUN Tioman, Pahang pula, katanya kira-kira 95.88 peratus atau 233 anggota polis mengundi awal di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA


Pengarang :