Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat replika bangunan Datum Jelatek selepas merasmikan Pusat Beli Belah Datum Jelatek di Jalan Jelatek, Ampang Jaya pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda Selangor berkenan rasmi pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 10 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merasmikan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek, di Jalan Jelatek di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah disambut oleh EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) Mohd Azmil Abd Shukor.

Dalam majlis berkenaan, Baginda turut berkenan meluangkan masa melihat replika Datum Jelatek dan merasmikan pejabat korporat DCI.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat replika bangunan Datum Jelatek selepas merasmikan Pusat Beli Belah Datum Jelatek di Jalan Jelatek, Ampang Jaya pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pusat beli-belah berkenaan merupakan sebahagian daripada pembangunan keseluruhan Datum Jelatek yang dibangunkan DCI yang juga anak syarikat milik penuh PKNS.

Berkeluasan lebih 500,000 kaki persegi, pusat beli-belah Datum Jelatek dihubungkan terus ke stesen Transit Aliran Ringan Jelatek melalui jambatan berbumbung sepanjang lebih 30 meter.

Pelbagai rangkaian perniagaan terdapat di pusat membeli belah itu antaranya The Food Merchant, Healthlane Pharmacy, KFC, Burger King, selain rangkaian kafe kopi antaranya Starbucks, Jamaica Cofee dan Zus Coffee.

Ketua Pegawai Operasi Datum Corp International Mohd Azmil Abd Shukor berucap ketika Majlis Perasmian Pusat Beli Belah Datum Jelatek di Jalan Jelatek, Ampang Jaya pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Mohd. Azmil berkata setakat ini, sebanyak 70 peratus ruang niaga di pusat beli-belah berkenaan sudah diisi dan menjangkakan mencapai 95 peratus menjelang suku keempat tahun depan.

Beliau yakin pembukaan pusat beli belah itu mampu melonjakkan penjualan unit kediaman Datum Jelatek dan merancakkan kitaran ekonomi negeri serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Ini adalah komitmen kami untuk memberi timbal balas kepada komuniti sekali gus mendukung aspirasi Kerajaan Negeri dalam menuju negeri berpendapatan tinggi,” katanya.


Pengarang :