DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyampaikan cek cura berjumlah RM10,000 kepada Ketua Pengarah Eksekutif Adab Youth Garage Muhammad Nizam Samsudin (empat, kanan) yang memenangi Anugerah Organisasi Belia Terbaik sempena Majlis Gala Ulang Tahun ke-5 Komuniti Belia Selangor (SAY) di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 15 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Raja Muda Selangor kurnia anugerah cemerlang kepada tujuh belia

Oleh DIANA ABD WAHAB

SUBANG JAYA 16 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan anugerah kecemerlangan kepada tujuh belia sempena sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY).

Anugerah yang julung kali diadakan diterima bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Peserta Pasukan Terbaik dimenangi Izzah Ezureen Mohamed Yusoff.

Manakala Anugerah Kepimpinan SAY kategori kesenian dan kreatif dimenangi Dhiyaul M Asyraf diikuti Daphne Ng Chiew Yen (sukan dan kesejahteraan); Jason Fung (keusahawanan) dan Hairul Abdullah (khidmat masyarakat).

Sementara itu, Adab Youth Garage yang menyediakan peluang pendidikan kepada belia kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah menerima Anugerah Organisasi Belia Terbaik.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah pada majlis di Petaling Jaya malam tadi disambut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Nurul Azwa Mohd Rodzi.


Pengarang :