BUDAYARENCANA

Rasai kemeriahan Krismas di lapan pusat beli-belah sekitar Selangor

Oleh TOURISM SELANGOR

Musim kemeriahan telah tiba. Pusat beli-belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif. Hiasan ini membawa kegembiraan dan menyemarakkan semangat perayaan anda. Ambil gambar dan ‘outfit of the day’ (OOTD) terbaik anda di lapan pusat beli-belah utama di sekitar Selangor.

Sunway Pyramid, Subang Jaya

Eratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Tema untuk hiasan Krismas Lion tahun ini dipanggil ‘Wander Wonder’ yang mana ia dipenuhi tumbuh-tumbuhan gergasi yang cantik, cendawan bercahaya, rama-rama dan juga pari-pari untuk anda merasai keajaibannya.

Dalam usaha kelestarian alam sekitar, beberapa hiasan dibuat daripada bahan kitar semula. Anda juga boleh melawati ‘wishing pond’ dan berikan ucapan Krismas khas untuk orang yang anda sayangi pada musim percutian ini.

One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya

Ambil gambar yang menarik di One Utama Shopping Centre dengan hiasan Krismas yang bertemakan Alps. Pemandangan cantik bersalji ini perlu dilawati untuk OOTD Krismas anda, menampilkan pembuatan-semula Pergunungan Alps Switzerland yang terletak di atas terowong kereta api.

Berjalan-jalan ke replika bandar pergunungan alp di atas laluan berbatu atau bergambar dalam gerabak vintaj kereta api wap British untuk pulang semula ke masa lalu.

Setia City Mall, Shah Alam

Ho! Ho! Ho! Tiada keriangan yang lebih menggambarkan Krismas selain Winter Wonderland. Setia City Mall kini dihias dengan lampu yang berwarna-warni di atas istana indoor yang besar.

Masuk ke dunia perayaan yang penuh kemeriahan dengan menerokai kawasan bersalji yang dikelilingi penguin dan rusa kutub yang bercahaya. Anda juga boleh bergambar di bawah kubah akrilik. Bukan sekadar itu, malah pada hujung minggu pula terdapat persembahan yang menarik seperti ‘Meet and Greet’ bersama Santa, lagu Krismas dan tarian ballerina.

The Curve, Damansara

Nikmatilah musim percutian ini bersama Enchanted Christmas Celebration di The Curve, Damansara. Pengunjung juga boleh bergambar bersama Santa dan ‘sleigh’ yang besar yang penuh dengan hadiah di ground floor.

Terpesona dengan dekorasi Krismas merah, putih dan hijau yang klasik serta dihiasi emas. Anda juga boleh saksikan persembahan daripada sekumpulan pari-pari sempena musim percutian ini.

Mitsui Oulet Park KLIA, Sepang

Raikan Christmas Bunny Wonderland di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Saksikan hiasan Krismas yang dipenuhi dengan boneka dan arnab yang comel. Terokai alam ajaib yang penuh dengan pokok Krismas dan meja yang dihiasi bertemakan ‘tea party’.

Bawa anak-anak anda ke bengkel seni dan kraf Krismas sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang mereka. Anda juga boleh melawat ke Christmas Market dan ambil gambar OOTD yang menarik di Mitsui Outlet Park KLIA.

Paradigm Mall, Petaling Jaya

Teruja untuk melihat salji? Kini anda boleh merasainya sendiri di Paradigm Mall. Alami detik Krismas yang ajaib di Elf Village pada musim percutian ini.

Terdapat juga salji yang akan turun setiap hujung minggu pada pukul 1 petang dan 5 petang, jadi jangan ketinggalan pengalaman ini. Berpakaian dengan pakaian terbaik anda dan bergambar dengan hiasan Krismas yang tersedia.

Nikmati juga persembahan lagu Krismas, persembahan bakat, muzik dan koir sambil meraikan percutian ini bersama Santa dan pembantu elf.

Central i-City, Shah Alam

Jika anda berkunjung ke Central i-City Shah Alam, lawati Brown dan Cony di rumah Linefriends di Central Concourse, Ground Floor.

Ambil gambar bersama watak yang comel daripada aplikasi Line serta pokok Krismas yang menjulang tinggi. Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan.

Jangan lupa untuk simpan tarikh anda untuk persembahan dan aktiviti Ho-Ho-Fun yang meriah.

IOI Mall, Puchong

Raikan ‘Merry Fairy Christmas’ di IOI Mall Puchong. Pelawat akan menikmati hari yang menggembirakan di alam ajaib bertemakan pari-pari yang dipenuhi cendawan hutan, ‘fairy lamps’ serta persembahan daripada sekumpulan pari-pari.

Sertai bengkel penghasilan perhiasan Krismas yang cantik serta nikmati pertunjukan yang menarik. Ahli IOI Kids Club juga berpeluang menyertai bengkel kraf perayaan sepanjang bulan ini.

Kunjungi ke dunia fairyland dan masuk ke dunia dongeng yang penuh kilauan di IOI Mall Puchong.

 


Pengarang :