AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rizab negeri lebih RM3.3 bilion, rancang program berteras rakyat

SHAH ALAM, 2 DIS: Rizab negeri mencecah lebih RM3.3 bilion setakat 31 Oktober lalu menerusi akaun hasil disatukan, akaun amanah dan akaun pinjaman, maklum EXCO pelaburan.

Menurut Dato’ Teng Chang Khim, akaun hasil disatukan merangkumi urus niaga seperti cukai, hasil bukan cukai dan lain-lain untuk menampung semua perbelanjaan mengurus.

Beliau menjelaskan belanjawan 2023 juga dirangka berdasarkan kedudukan akaun tersebut untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan yang dirancang tahun depan.

“Rizab ini untuk pembangunan ekonomi, perbelanjaan mengurus, peruntukan program memberdaya rakyat bawah Iltizam Selangor Penyayang serta bantuan bencana.

“Pengurusan dan perancangan rizab sentiasa berteraskan kebaikan rakyat,” katanya menjawab soalan wakil rakyat Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri dalam tempoh 2018 hingga 2021 mengukuh di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan wabak Covid-19.


Pengarang :