Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan khas Dato’ Menteri Besar Selangor ketika program bersama penggerak masjid sempena Jelajah Selangor Penyayang Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM1.4 bilion suburkan syiar Islam, kukuhkan institusi agama

SHAH ALAM, 31 DIS: Kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM1.4 bilion bagi mengukuhkan institusi masjid, surau dan sekolah agama di negeri ini sejak 2018.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jumlah itu tidak termasuk peruntukan melalui anak syarikat, agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pentadbiran ini sentiasa mengutamakan agenda pemerkasaan syiar Islam tanpa mengenepikan agama lain. Sejak 2018, RM1.4 bilion dibelanjakan bagi mengukuhkan institusi masjid, surau dan sekolah agama.

“Jumlah ini tidak termasuk peruntukan melalui anak syarikat, agensi PBT dan lain-lain lagi. Islam terus subur dan makmur bawah pentadbiran Pakatan Harapan Selangor,” katanya di Facebook hari ini.

Menerusi infografik yang dikongsikan, dana tersebut digunakan untuk kebajikan kakitangan masjid seperti imam, bilal dan siak dalam bentuk elaun serta sumbangan khas perayaan.

Turut diagihkan ialah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 4,200 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta keperluan institusi sekolah agama dan rumah ibadat.

 


Pengarang :