Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Rumah bawah RM300,000 di Putrajaya dapat potongan cukai 30 peratus

SHAH ALAM, 22 DIS: Perdana menteri mengumumkan potongan cukai taksiran sebanyak 30 peratus untuk kediaman bawah RM300,000 di Putrajaya mulai 1 Januari tahun depan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurangan itu bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang memiliki kediaman mampu milik di wilayah tersebut.

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju semua kediaman bawah RM300,000 diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran dikenakan,” katanya.

Perdana menteri menjelaskan potongan tersebut melibatkan 8,500 unit kediaman yang siap dibina pada 2017 sehingga kini, dengan penilaian semula dilaksanakan Perbadanan Putrajaya.


Pengarang :