Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil guru selepas majlis penyerahan bantuan sekolah agama rakyat berjumlah RM9.3 juta di Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Al-Maarof, Johan Setia, Klang pada 11 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Salur RM583 juta bina masjid di tiga daerah, perkasa institusi pendidikan Islam

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 14 DIS: Dalam usaha memartabatkan syiar Islam Kerajaan Negeri memperuntukkan RM583 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Selangor (Jais) tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata dana itu membabitkan pembinaan beberapa masjid baru di daerah Petaling, Gombak dan Klang.

“Ini adalah termasuk emolumen pengurusan masjid, surau dan institusi pendidikan Islam.

“Elaun Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dinaikkan bermula 2023 kepada RM 1,500 jumlah tertinggi di Malaysia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk Akademi Al-Quran.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin berkata sebanyak RM583 juta diperuntukkan Negeri kepada Jais untuk aktiviti memperkukuh pentadbiran dan memperluaskan nilai kesejagatan agama Islam di Selangor.

Menerusi inisiatif itu Kerajaan Negeri fokus dalam meningkatkan prasarana pendidikan Islam selain membaik pulih bangunan dan infrastruktur pasca banjir di bawah Jais.


Pengarang :