Majlis Gala Ulang Tahun ke-5 Selangor Youth Community (SAY) di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 15 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

SAY, Yayasan ASEAN jalin kerjasama perkasa golongan belia

OLEH DIANA ABD WAHAB

SUBANG JAYA 17 DIS: Selangor Youth Community (SAY) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan ASEAN bagi program Belia Juara.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata menerusi kerjasama itu SAY menyasar untuk memperkasa belia sekurang-kurangnya seorang peserta dari setiap negara ASEAN.

“Belia Juara buka peluang kepada individu atau organisasi belia dari 10 negara ASEAN perkasa komuniti dan isu di kawasan mereka sejajar Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDG).

“Kita menyediakan platform untuk belia dan organisasi di rantau ASEAN laksana projek kemasyarakatan menerusi pemberian geran bernilai minimum AS $1,000 (RM4,420) bergantung kepada projek yang dilaksanakan,” kata Nurul Azwa Mohd Rodzi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY) di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, dekat sini malam tadi.

Belia Juara yang diilhamkan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah fokus meyerlahkan potensi dan mencungkil bakat belia.

Program yang memfokuskan penglibatan belia menyumbang kepada komuniti menerusi projek yang mampu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan belia dalam pembangunan negara.

 


Pengarang :