Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor antara beberapa negeri alami hujan sebelah petang, malam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 DIS: Jabatan Meteorlogi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan di Pantai Timur berikutan luruan monsun yang dijangka melanda hari ini.

Agensi itu memaklumkan ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor pada sebelah petang.

“Pada sebelah malam, Perak dijangka hujan selain satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya menerusi Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negera (Nadma).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir seluruh negara tidak berubah dengan 2,097 orang masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di enam negeri yang terkesan setakat jam 7 pagi tadi.

Nadma memaklumkan Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi yang berada di PPS iaitu 1,814 orang daripada 565 keluarga.

Negeri lain yang terkesan banjir iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak.


Pengarang :