Ahli Pusat Berdaya Wanita (PWB) bergambar bersama kit tuala wanita ketika Program Sumbangan Tuala Wanita Sempena Kempen Peduli Kemiskinan Haid di Dewan Serbaguna MBPJ SS5A/15, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 28 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor negeri pertama beri tuala wanita percuma, bantu B40

SHAH ALAM, 23 DIS: Selangor muncul negeri pertama memperkenal inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma selain mengadakan kempen kesedaran bagi menangani kemiskinan haid.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut menumpukan golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar dan penduduk miskin bandar dengan dana RM200,000.

Menurutnya, inisiatif itu dibuat merujuk kajian Bank Dunia pada 2018, yang melaporkan lebih 500 juta wanita seluruh dunia tidak mampu memperolehi keperluan asas sewaktu haid.

“Menangani masalah kemiskinan haid bukan hanya bertumpu kepada pemberian tuala wanita percuma tetapi juga kempen kesedaran melalui pendidikan kepada anak-anak.

“Kerajaan Negeri akan turut menumpukan usaha terhadap perkara ini,” katanya di Facebook hari ini.

Kemiskinan haid merujuk kepada kekangan kewangan dan tidak mampu memiliki bekalan tuala wanita atau halangan bekalan air serta tempat pelupusan yang sesuai.


Pengarang :