Gambar hiasan. Foto BERNAMA
SELANGOR

Selangor, Putrajaya dan KL diramal ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 8 DIS: Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga jam 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Perlis, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan termasuk beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :