Anggota Bomba dan Penyelamat memantau paras air Sungai Dong, Raub yang berada di paras bahaya pada 7 Disember 2022. Foto Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Raub
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tutup PPS, mangsa banjir Pahang meningkat kepada 409

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 DIS: Selangor telah menutup pusat pemindahan sementara (PPS) selepas semua mangsa pulang ke rumah berikutan banjir beransur pulih semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan seramai 442 orang daripada 128 keluarga masih berlindung di 13 PPS di Pahang, Perak dan Perlis setakat jam 8 pagi tadi

Pahang mencatatkan peningkatan mangsa banjir di Raub dan Lipis apabila 409 orang ditempatkan di 11 PPS sejak semalam.

Mangsa banjir di Perak iaitu 29 orang dan Perlis (4 orang) dengan masing-masing satu PPS beroperasi setiap negeri.

Dalam pada itu MetMalaysia meramal ribut petir dan hujan berlaku di beberapa kawasan seluruh Semenanjung pada petang dan malam.


Pengarang :