Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kanan) bersama timbalannya Lim Hui Ying ketika sidang media khas di Kementerian Pendidikan pada 15 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sesi persekolahan penggal 3 bermula 1 Januari

SHAH ALAM, 28 DIS: Kalendar Akademik penggal 3 bagi sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari bagi sekolah dalam Kumpulan A, kata Menteri Pendidikan.

Fadhlina Sidek berkata sekolah dalam kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari.

“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Sekolah kumpulan A melibatkan sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi kumpulan B, sekolah terbabit ialah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan infografik yang dikongsi bagi kumpulan A, sesi persekolahan bermula dari 1 Januari hingga 16 Februari dan cuti persekolahan dari 17 Februari hingga 18 Mac 2023.

Sementara kumpulan B pula, sesi persekolahan dari 3 Januari hingga 17 Februari dan cuti persekolahan dari 18 Februari hingga 19 Mac 2023.


Pengarang :