AGENSISELANGOR

Sistem aplikasi LZS ditutup hingga 3 Januari untuk proses kemas kini

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 31 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menutup sistem aplikasinya hari ini sehingga 3 Januari tahun depan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sistem berkenaan akan ditutup bermula 10 malam ini sehingga 6.59 pagi Selasa untuk proses mengemas kini data.

Antara sistem aplikasi yang terlibat termasuk portal ASAS, portal Pendidikan, portal PAK, portal LZS Peduli, Vendor portal, i-Wakalah portal, i-Daftar dan portal Shelter.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi Facebook LZS atau Twitter @zakatselangor.


Pengarang :